Pada pandangan saya, semua ibu bapa wajar melengkapkan diri dengan ilmu mendidik anak-anak agar dapat membentuk sebuah keluarga bahagia. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan dalam membentuk sebuah keluarga bahagia.
Cara yang utama dalam membentuk sebuah keluarga bahagia
ialah dengan mengamalkan nilai sayang-menyayangi dalam keluarga. Sesungguhnya,
nilai sayangmenyayangi ini akan merapatkan hubungan kekeluargaan. Oleh itu,
ibu bapa mesti menyayangi anak-anak sepenuh hati. Manakala anak-anak juga mesti
menyayangi ibu bapa mereka dengan sepenuh hati di samping mendengar segala
nasihat mereka.
Selain itu, dalam keluarga mesti ada sikap menghormati
antara ahli keluarga. Sikap hormat-menghormati ini akan dapat mengelakkan
konflik dalam keluarga. Oleh itu, anakanak mesti menghormati ibu bapa pada
setiap masa dengan tutur kata dan perbuatan yang balk. Anak yang lebih muda
pula wajar menghormati abang atau kakak yang lebih tua.
Kesihatan ahli keluarga juga memainkan peranan penting dalam
membentuk keluarga bahagia. Ibu bapa mesti memastikan kesihatan ahli keluarga
berada dalam keadaan yang baik. Aka terdapat ahli keluarga yang sakit, ibu bapa
mesti segera membawa mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Aspek kebersihan
dalam rumah dan persekitaran juga perlu diambil berat oleh ibu bapa dan
anak-anak.
Selain menyediakan keperluan asas, ibu bapa juga mesti
memberikan pelajaran kepada anak-anak. Pelajaran amat penting kepada anak-anak
kerana anak-anak yang berpelajaran tinggi akan mendapat pekerjaan yang baik.
Ibu bapa juga perlu memberikan anak-anak pendidikan agama dan moral bagi
membentuk sahsiah diri yang baik. Sesungguhnya, keluarga yang berpelajaran
tinggi dapat membantu pembangunan negara.
Keluarga yang bahagia akan dapat dibentuk jika keselamatan
anggota keluarga terjamin. Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan keselamatan
anak-anak terjaga ketika berada di rumah mahupun di luar rumah. Keselamatan
harta benda keluarga juga perlu dijaga dengan balk. Kemalangan yang berlaku
bukan sahaja akan menyusahkan anak-anak tetapi juga turut menyusahkan ibu bapa.
Pembentukan keluarga
yang bahagia akan memberikan kesan positif kepada masyarakat dan negara. Pada
pendapat saya, dalam membentuk sebuah keluarga bahagia, ibu bapa dan anak-anak
mesti saling memahami dan bertanggungjawab. Pihak kerajaan juga boleh memainkan
peranan dalam membentuk keluarga bahagia dengan mengadakan Kempen Keluarga
Bahagia melalui media massa seperti stesen televisyen dan radio.
Nuopo
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteVery usefull
ReplyDeleteNaiseeee
ReplyDeletevery useful ❤️ love it
ReplyDeleteIt is very useful for me!! thanks u!!love it!!
ReplyDeletethank you for this, this helps me a lot!! ^_^
ReplyDeletedamnnn
ReplyDeleteis anyone has cupcake?
ReplyDelete